Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan bertanggungjawab mengurus hal-hal kewangan, pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan organisasi, sumber manusia dan program pembangunan modul insan berkaitan dengan Jabatan. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan terbahagi kepada lima unit iaitu Unit Integriti, Unit Sumber Manusia, Unit Kewangan, Unit Khidmat Pengurusan dan Unit Komunikasi Korporat.
FUNGSI
Memberikan perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkesan melalui pembentukan struktur perjawatan Jabatan yang optima, pelaksanaan pengurusan personel yang cekap dan teratur, pengurusan prestasi dan tatatertib yanng efisien dan menyediakan peluan kepada pegawai dan kakitangan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kemajuan kerjaya melalui latihan komprehensif.
Unit Integriti
Bertanggungjawab ke atas pengurusan integriti dalam Jabatan selari dengan usaha mengukuhkan tadbir urus yang baik.
Unit Sumber Manusia
Bertanggungjawab menyediakan minit ceraian untuk kelulusan Ketua Jabatan bagi penganjuran kursus dan hal berkaitan perkhidmatan, menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan staf serta perjawatan dalam Jabatan.
Unit Kewangan
- Mengurus, menyedia dan memantau belanjawan Jabatan.
- Bertanggungjawab menentukan Bahagian dan Unit mendapat bekalan dan peruntukan kewangan yang cukup bagi belanja mengurus dan pembangunan supaya teratur mengikut keutamaannya.
Unit Khidmat Pengurusan
- Bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan kepada semua Bahagian dan Unit serta merancang, memantau, mengawas dan menyelia semua aspek pengurusan aset setiap bahagian dan unit.
- Memastikan setiap barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, kualiti dan kuantiti yang dipesan mengikut pesanan dan barang stor yang diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat untuk digunakan
Unit Komunikasi Korporat
- Menguruskan hal berkaitan aktiviti perhubungan awam serta urusan yang melibatkan media,maklum balas kepuasan pelanggan, aduan BPA/SISPAA, pengurusan laman web dan laman sosial Jabatan,
- Pemantapan aspek pengurusan kualiti, memperkasa elemen tadbir urus yang komprehensif melalui aspek transformasi, inovasi, kualiti dan pematuhan seperti Indeks Penarafan Bintang (SSR-DIY), menyelaras pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) dan penyelarasan pameran dan program outreach Jabatan.